MY AWESOMEZ

Thursday, August 25, 2016

Tips Asasi : UiTM DENGKIL 2015/2016


Assalamualaikum dan hai semua !

Hari ni saya nak kongsi tips on how to survive in foundation year.So I was in foundation last year , first batch yang dpt merasai kampus baru di dengkil. Ok mula2 dpt tahu nak pindah dengkil tu rasa macam berat hati jgk lah sbb dah mula suka dekat kampus lama which is kampus Puncak Alam.Semua macam komplen itu ini bla bla bla sbb tak nak pindah.

Tapiiii bila dah masuk and stay dekat situ macam nak duduk situ like 4 yearsss and forever ! HAHAHAHA dulu taknak sangatkan skrg dah terhegeh pulak. Kampus baru ni kecil je tapi okay sangat untuk asasi sebab duduk pun setahun je kan. Semuanya boleh reach out dgn mudah. OK kasi sneak peak sikit kampus ni ye

Kita mula dengan tips study dulu ye.

TIPS STUDY
  • Review what you have learned. Do some notes lepas habis lecture.
  • Susun nota2 yg telah dibuat. Make it simple and interesting.
  • Fahamkan , digest every topic. Do tutorial . Kalau tak faham , TANYA.
  • Ask lecture things that got you confused. Jangan pandai2 nak assume itu ini buat theory sendiri.
  • DO READ ! Buku yg tebal esp buku BIO supaya lebih faham dan jelas.
  • Do more exercise on math. Kalau malas sgt , siapkan jelah tuto. Sampai dapat jawapan , kalau tak dpt refer kwn punya.
  • MUST BE YOURSELF. Jgn ikut org lain punya style study. U know urself. U choose.OK
  • Kalau rasa boring makan la snek ke coklat ke kekacang.
  


TIPS CARRYMARK
  • Jangan pandang remeh carry marks esp on lab work.
  • Do your best and strive for test.
  • Untuk quiz, review / baca sikit. Tapi kadang2 nasib lah dpt soalan senang ke susah. BE PREPARED.
  • Lab work jgn tangkap muat je. Get good result for yr report. IKUT PROCEDURE hihi
  • Discuss and bahagi tugas untuk group work. 


TIPS SURVIVAL
  • Kalau nak elak dari makan megi sebab nk jaga kesihatan / kepandaian dsb , bolehlah beli roti sandwich yang panjang tu . Tahan lama and boleh lah nak cicah kari ke air ke.
  • Beli nasi gabung dgn roomate. Lauk letak dlm plastik.
  • Basuh baju waktu free cth kelas cancel ke , waktu malam ke . JGN RENDAM LAMA2 .
  • Buat persiapan untuk esok. Gosok baju etc
  • Kalau ada gap masa tghari/petang , buat discussion/balik tido/basuh baju/buat nota / buat kerja tak siap.
  • Cuci toilet dgn kerap sekurang2nya 2 kali sebulan.
  • Kalau ngantuk TIDO JE. U need rest OK
  • Find yr own sweet time. Nak calling ke, makan/lepak .Kalau nak calling tu jgn lah ganggu org nak study pulak ye.Call dgn balkoni ok .
  • Weekend boleh lah layan drama ke hangout ke


TIPS BERKAWAN / CLASS
  • Jgn ganggu kawan time study. Boleh mengundang kemarahan. 
  • Jgn terjerit2 tengah malam.
  • Buat baik dengan roomate dan housemate anda.Kalau nak buat deep conversation pun takpe hihi
  • Kalau nak tido , ajak lah roomate anda sekali hahahahahahahaahhah
  • Jgn lupa kejut housemate untuk bgun subuh / puasa/ study /bila perlu. Kejut sampai bangun. Kalau tak bangun jugak , harap bersabar dan kejut lagi.
  • Give and take.
  • Always remind them bout studies and help them when they are in need. 
  • Do take part in your class - dont be shy. Time ni lah nak pupuk confident.

TIPS SEGALA TIPS
  • Jgn tinggal solat.
  • Jgn lupa parents.
  • Jgn lupa kawan2.
  • Jgn hasad dengki/sombong tak tentu pasal.
  • Always pray for the best.
OK itu jelah tips yang boleh dikongsikan. Harap bermanfaat. Yang mana mcam tak kena je tu , harap maaf lah ye. This is based on my experience and my friends'. Mari sini nak payung sikit gambar Uitm Dengkil. Gambar yang atas tu semua dari fb PUSAT ASASI UiTM dan GROUP FB KOLEJ DAHLIA/TUALANG. Thanks for reading !
View from aras 2 dahlia


Typical view of airplane

Waktu gerhana

View from bangunan akademik

Kalau rasa nak tahu lebih lanjut tentang UiTM Dengkil ni bolehlah search google ye . Nanti akan keluar macam2 update tentang kampus ni sebab dah ada first batch . Okeyyy TATA !

No comments: